Menjadi
anak yang soleh sudah seharusnya menjadi idaman kita semua. Adakah teman-teman
tergolong dalam ciri-ciri anak soleh atau solehah? Kalau ingin tahu, mari kita
lihat…
1.
Mentaati kedua ibu bapa
Senantiasa mentaati kedua orang
tua selagi ia tidak keluar dari syariat Islam.
*
4Ó|Ós%ur
y7/u
wr&
(#ÿrßç7÷ès?
HwÎ)
çn$Î)
Èûøït$Î!ºuqø9$$Î/ur
$·Z»|¡ômÎ)
4 $¨BÎ)
£`tóè=ö7t
x8yYÏã
uy9Å6ø9$#
!$yJèdßtnr&
÷rr&
$yJèdxÏ.
xsù
@à)s?
!$yJçl°;
7e$é&
wur
$yJèdöpk÷]s?
@è%ur
$yJßg©9
Zwöqs%
$VJÌ2
ÇËÌÈ
23. dan Tuhanmu telah
memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu
berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di
antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,
Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan
"ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka
Perkataan yang mulia[850].
[850] Mengucapkan kata Ah kepada
orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau
memperlakukan mereka dengan lebih kasar dari pada itu.
2.
Tingkah laku dan akhlak dipelihara
Anak soleh dan solehah sentiasa
menjaga tingkah laku dari semua perkara-perkara yang mendatangkan aib
(keburukan), apalagi melakukan perkara yang mendatangkan malu kepada keluarga.
3.
Kasih sayang kepada ibu bapa
Anak soleh dan solehah perlu
meletakkan kasih sayang orangtua yang paling utama dari pada kasih sayang
selain mereka kerana tanpa mereka tidak mungkin kita dilahirkan kedunia ini.
4.
Rajin beribadat kepada Allah SWT
Sebagai anak yang taat kepada ibu
bapa, teman-teman juga perlu mengabdikan diri dengan beribadat kepada Allah
SWT. Lakukan segala perintahNya dan tinggalkan segala larangan-Nya. Insya Allah
teman-teman akan menjadi anak yang soleh/sholehah.
5.
Ikhlas dalam melakukan sesuatu
Ikhlas ini amat penting dan amat
perlu ada di dalam diri manusia. Tidak perlu melakukan sesuatu perkara dengan
niat untuk dipuji dan dipuja lakukanlah kerana Allah SWT.
Teman-teman, ini antara ciri-ciri
yang boleh kita terapkan dalam diri, dalam usaha menjadi anak yang soleh dan
solehah. Usaha yang terys-menerus amat perlu untuk mencapai apa yang kita
inginkan. Selain dari pada berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah, doa
juga perlu sentiasa dipanjatkan kepadaNya agar segala usaha yang dilakukan tadi
mendapat keredhaan dan diberkahi Allah SWT. Marilah kita berusaha bersama-sama
gembirakan ibu dan bapa kita. Merekalah permata hati.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar